Tempahan Buku Panduan Cegah & Rawat Serangan Jantung Dengan Terapi Tangan Korea

"Apa 'isyarat' yang sedang aku terima ni? Tiba-tiba banyak berita kematian mendadak akibat serangan jantung yang sampai pada aku? Lepas ni giliran aku pulak ke?" gumam penulis di dalam hati.
Gambar 1) Kerisauan penulis ketika memulakan gerak kerja penulisan.
Gambar 2) Tekanan meningkat. Namun begitu, harapan yang tinggi tetap diletakkan kepada Allah Yang Maha Besar.
Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah siap juga buku ini ditulis. Segala urusan dipermudahkan Allah.
Sebaik sahaja buku ini disiapkan, penulis terus mendaftar dua (2) kod ISBN (International Standard Book Number) dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Maksudnya, satu untuk versi buku fizikal (ISBN), manakala satu lagi untuk versi buku digital atau e-book (eISBN).
Kod ISBN bagi versi buku fizikal.
Kod eISBN bagi versi buku digital atau e-book.
Hari ini dalam sejarah: Penyerahan BUKU PERTAMA BERBAHASA
MELAYU SEPENUHNYA siri ilmu akupuntur Korea dalam dunia rawatan komplimentari
di Malaysia.
Lokasi: Bahagian Pusat Penyerahan
Terbitan Negara, PNM.
Bergambar kenangan bersama cik Mazriah Md Isa, pegawai PNM bahagian rujukan negara.
Sesi penjelasan oleh pegawai PNM berkenaan edaran buku akupuntur Korea. Naskah yang telah diserahkan disimpan rapi di tiga (3) lokasi utama:
- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
- Koleksi Negara, Sungai Besi.
- Perpustakaan Negeri Sabah (PNS).
Dalam buku ini, penulis membongkar bagaimana sistem Terapi Tangan Korea berjaya membantu seseorang mengesan, menjaga, & merawat organ jantung dengan berkesan. Selain itu, penulis juga membongkar rahsia jantung yang disebut di dalam Al-Qur`an, namun tidak ramai yang mengetahuinya, sedangkan ia sangat penting dalam menjaga kesihatan jantung!
Sekurang-kurangya ada LIMA (5) SEBAB mengapa penulis berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan buku ini:
- Serangan jantung adalah PUNCA KEMATIAN NO. 1 negara.
- PENINGKATAN kadar kematian akibat serangan jantung.
- KURANG KESEDARAN tentang penjagaan kesihatan jantung dalam kalangan masyarakat.
- AMANAH ILMU yang perlu disampaikan.
- KEUNIKAN terapi & penjagaan kesihatan dengan kaedah Terapi Tangan Korea.
Kajian menunjukkan peningkatan kematian mendadak akibat SERANGAN JANTUNG sejak isu Covid19 melanda dunia.
Dan lagi, LIMA (5) KELEBIHAN yang pembaca dapat daripada buku ini adalah:
- Buku akupuntur Korea PERTAMA yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu.
- Penggunaan bahasa yang MUDAH DIFAHAMI.
- Teknik terapi yang dibuktikan berkesan berdasarkan KAJIAN SECARA SAINTIFIK.
- Menjadi bahan RUJUKAN RASMI negara.
- Dicetak dengan WARNA PENUH (full color).
Sebenarnya penulis langsung tidak bercadang untuk menerbitkan buku ini secara fizikal untuk bacaan umum, kerana penulis telah menerbitkan buku ini secara digital atau e-book bagi memudahkan para pembaca membacanya di dalam telefon pintar masing-masing, di mana-mana & bila-bila masa sahaja.
Namun, nampaknya ramai yang menghargai nilai ilmu dalam bentuk buku fizikal. Antara kelebihannya juga, buku tersebut boleh dikongsi bacaannya dengan orang lain, atau ada juga yang meletakkan buku di pusat rawatan masing-masing untuk bacaan umum.
Oleh itu, penulis membuka peluang bagi sesiapa yang ingin dapatkan buku ini secara tempahan di atas talian. Tempahan dibuka selama dua (2) minggu sahaja dengan jumlah tempahan sebanyak 100 unit sahaja.
Tempahan akan ditutup selepas dua (2) minggu atau selepas cukup 100 unit, atau mana-mana yang terdahulu. Jadi, siapa cepat dia dapat!
Sebenarnya harga kos percetakan adalah agak TINGGI disebabkan helaian halaman berwarna penuh. Namun, hasil perbincangan dengan pihak percetakan, maka dapatlah buku ini dicetak & diedarkan dengan harga yang berpatutan & mampu milik.
Untuk makluman, ini harga asal ya:
RM75
Harga selepas diskaun:
RM55 SAHAJA!!!
