Akaun khtmalaysia.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kursus Terapi Tangan Korea 29 & 30 Ogos 2020

Kursus Terapi Tangan Korea 29 & 30 Ogos 2020

*Perhatian: Ini adalah kursus jangka pendek (short course) TERAKHIR yang dianjurkan sebelum program pengajian KHT secara sistematik dikendalikan sepenuhnya oleh Koryo Hand Therapy Academy  (KHTA).


TERAPI TANGAN KOREA: "MENGUNGKAP RAHSIA KESEMBUHAN MELALUI TANGAN SECARA SAINTIFIK"


Anda bermasalah dengan PERUT BUNCIT dan MENGGELEBEH???

Sibuk tetapi ingin hidup LEBIH SIHAT???

Nak KURUS ke tanpa supplemen??

Nak MUDA ke tanpa botox??



Ya, anda boleh dapatkan semua yang tersebut di atas (bahkan lebih lagi), dengan mempelajari teknik Terapi Tangan Korea!

APA ITU TERAPI TANGAN KOREA (KORYO HAND THERAPY - KHT)?

Teori Koryo Hand Therapy (KHT) diasaskan, dikaji, dan dikembangkan oleh seorang akupunturis Korea, Dr. Tae Woo Yoo sekitar tahun 1971-1975. Menurut teori beliau, fungsi badan manusia boleh diselaraskan serta dikawal dengan hanya meransang kedua-dua tangan. Tambahan lagi, rawatan dan pencegahan penyakit juga boleh dilakukan dengan mengaplikasikan ransangan terhadap tangan manusia.

PENEMUAN

Penemuan kaedah Koryo Hand Therapy adalah sesuatu yang ajaib – pembaca menyatakan ia sulit dipercayai  akan tetapi itulah yang telah terbukti; di mana pada suatu ketika, Dr. Yoo telah terlibat dalam kajian intensif untuk mencari kaedah yang efektif dan kurang menyakitkan untuk mengelakkan kelemahan sistem akupuntur badan.

Beliau seterusnya menjalankan kajian lanjut berkenaan teori sistem refleks somatic. Semua kajian yang beliau telah laksanakan terhadap seluruh anggota badan manusia serta sumber-sumber lain tidak berjaya; sehinggalah berlaku sebeuah kejadian pada suatu malam di bulan Ogos tahun 1971.

“Ia adalah merupakan waktu musim panas bulan Ogos 1971 pada ketika itu. Pada waktu tersebut, saya sedang terlibat menjalankan kajian mendalam tentang pendekatan baru untuk kaedah terapi akupuntur. Kajian tersebut bukanlah suatu tugas yang mudah. Saya telah belajar dan menjalankan eksperimen ke atas pelbagai bahagian badan manusia tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.

Saya berasa amat kecewa kerana tidak berjaya menemukan apa-apa sepanjang kerja keras saya. Pada suatu malam, saya telah terjaga daripada tidur disebabkan sakit yang teramat di bahagian belakang kepala saya. Sakit yang dialami menyebabkan saya sukar menggerakkan kepala saya. Saya menekan-nekan kawasan yang sakit tersebut namun ia langsung tidak membantu.

Kemudian, saya mencucuk jarum pada bahagian yang sakit tetapi sakit masih tidak berkurangan. Saya memutuskan untuk tidur kembali dan cuba untuk melupakan kesakitan tersebut. Beberapa ketika kemudian, sewaktu saya dalam keadaan separuh sedar, saya telah mendapat suatu ilham. Ilham tersebut adalah untuk menyuaikan bahagian yang sakit dengan jari tengah. Saya segera bangun untuk menjalankan eksperimen dengan ilham yang saya peroleh walaupun ia berlaku dalam keadaan saya separuh sedar.

Saya ingin mencuba juga kerana ia adalah sesuatu yang belum pernah saya cuba. Jadi, saya menekan jari tengah tangan saya menggunakan pen ball-point dan ajaibnya saya menjumpai point yang sangat sakit. Saya menekan lagi bahagian jari yang sama dan dengan tekanan yang sama untuk memastikan jika sakit tersebut adalah sakit biasa yang berpunca daripada tekanan pen.

Saya mendapati ia bukan sekadar sakit biasa malah kelihatannya ada hubungan dengan sakit di bahagian belakang kepala saya. Saya mencucuk jarum akupuntur pada titik yang sakit tadi di jari tengah. Selepas beberapa minit, sakit kepala mula menghilang. Tempoh masa yang diperlukan untuk penyembuhan dan kadar kelegaan sakit sangat menggembirakan.

Saya membayangkan hujung jari tengah saya berkemungkinan mewakili kepala dan tertanya-tanya sama ada terdapat hubungan antara bahagian tangan yang lain dengan seluruh anggota badan manusia. Eksperimen selanjutnya membongkarkan bahawa wujudnya kesesuaian antara tangan dan seluruh anggota badan. Di saat itulah lahirnya kaedah perubatan baharu dikenali sebagai: “Koryo Hand Therapy”.



Kronologi Penemuan Terapi Tangan Korea (Koryo Hand Therapy - KHT).


Di Malaysia, kursus-kursus KHT telah dijayakan sejak dari tahun 2017 di bawah anjuran Pertubuhan Pengamal Akupuntur Korea Malaysia (PERPAKMA). Selepas ini, program pengajian KHT secara sistematik bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Koryo Hand Therapy Academy (KHTA).

Antara Kursus Terapi Tangan Korea Yang Telah Dijayakan Semenjak 2017.



Sistem Terapi Tangan Korea.



Perwakilan Anggota Tubuh Manusia Pada Tangan.



Kelebihan Terapi Tangan Korea.

Apa yang anda akan pelajari?

Sepanjang dua (2) hari kursus ini, anda akan mempelajari sukatan pelajaran seperti berikut:


Jadual KursusTerapi Tangan Korea.



Apa yang anda akan dapat?

Sepanjang kursus ini, akan disediakan dengan kelengkapan seperti berikut:


Para peserta akan dibekalkan dengan peralatan, workbook, dan diberikan sijil pengamalan pada akhir kursus.

Jumlah keseluruhan bernilai >RM1,000.00!!!


TERHAD!!!

Pengambilan peserta dihadkan kepada 20 individu sahaja mengikut S.O.P. Penjarak-an Sosial Covid19. Para peserta juga dikehendaki mematuhi S.O.P. sepanjang perjalanan kursus.





Tebus diskaun segera!

Kepada 5 individu terawal yang membuat tempahan, anda layak menebus kupon diskaun sebanyak RM40. Caranya mudah sahaja, sila masukkan kod di bawah di ruangan KUPON untuk melayakkan anda mendapat diskaun tersebut.




kursuskhtogos2020

Nanti dulu!!!

Dapatkan penjimatan hebat bagi yang mendaftar untuk 2 orang dan 3 orang! Untuk lebih jelas, sila rujuk infografik di bawah ya. :)



Rebut Tawaran Penjimatan Berganda Segera!

Pemberitahuan:

Sekiranya anda menggunakan akaun selain CIMB, anda digalakkan menggunakan toyyibpay bagi tujuan pembayaran. Jangan risau, caj perkhidmatan RM1.00 ditanggung oleh pihak pengurusan. Terima kasih. :)


Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi admin:
http://www.wasap.my/+60167014244/nakinfokursusKHTogos2020
http://www.wasap.my/+60167014244/nakinfokursusKHTogos2020
http://www.wasap.my/+60167014244/nakinfokursusKHTogos2020