Akaun khtmalaysia.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Dahsyatnya Hizbul Bahar

Dahsyatnya Hizbul Bahar


            Hizbul Bahr adalah sebuah himpunan keagungan zikir yang disusun oleh Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam yang diperolehi oleh Sheikh Abu Al-Hasan Ash-Shazuli dalam mimpi beliau ketika terkandas dalam sebuah pelayaran menempuh samudera lautan luas menuju ke kota Mekah.

            Menurut Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Haji Nik Mahmud Nik bin Ismail; penyusun kitab “Pati Rahsia” pada bab Hizbul Bahr, beliau menyatakan bahawa ‘tak kuasa’ seorang pun memberi syarahan sepenuhnya tentang kelebihan amalan zikir ini kerana nisbah lautan samudera itu sendiri adalah sebuah rahsia yang tidak mampu terungkap dengan kata-kata.

            Oleh itu, penulis mengambil kesempatan ini mempersembahkan kepada para pembaca amalan zikir agung ini agar dapat dijadikan amalan seharian dalam menempuh kehidupan di zaman yang penuh dengan cabaran dan fitnah ini.

            Dengan ini, besarlah harapan penulis agar para pembaca mendapat manfaat yang tidak terhingga asbab daripada mengamalkan zikir agung ini.